🌬️ Iktibar Dalam Bahasa Arab
PanduanBacaan Talkin (Dalam Bahasa Rumi) Bismillah hir rah man nir rahim. Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar
3aMT. Meminjam nikmat kehidupan memerlukan manusia untuk seiring berdamai dengan takdir yang telah tertulis untuknya. Namun ini tidak bermakna kita hanya perlu diam dan “menadah” sahaja segala “lebam-lebam ujian” yang diberikan terhadap diri ini. Kenalilah bahasa cinta dari maksud ibrah agar kita tidak terlalu memikirkan kepayahan sebaliknya meraikan keredhaan. Maksud ibrah yang perlu anda tahu Perkataan ibrah datangnya dari bahasa Arab iaitu عبرة berasal dari `abara ya`buru `abratan wa `ibratan . Dari segi bahasa, maksud ibrah pada asalnya adalah menyeberang dari satu tepi sungai ke tepi yang lain yang ada di seberangnya. Hal ini kerana, sampan dalam bahasa Arab disebut `abbârah. Imam Ghazali ada berkata Maksudnya “Makna I`tibar adalah seseorang yang menyeberang dari apa yang disebutkan kepada apa yang tidak disebutkan, karenanya ia tidak membatasi diri pada apa yang disebutkan sahaja.” – Rujuk Ihya’ `Ulumud-Din 1/62 Kemudian Imam Ghazali meneruskan lagi dengan penjelasannya dengan berkata Maksudnya “Misalnya, seseorang menyaksikan suatu musibah yang menimpa orang lainnya, maka jadilah musibah itu sebagai ibrah baginya, maksudnya, orang itu “menyeberangkan” apa yang dilihat dan disaksikannya kepada dirinya untuk menggugah kesadarannya bahwa bisa saja dirinya terkena musibah yang mirip seseorang yang mengambil ibrah artinya ia menyeberangkan suatu peristiwa yang terjadi pada orang lain ke arah dirinya.” Mudah kata, ibrah merupakan pengajaran dari sejarah hidup peribadi atau orang lain. Dalam sejarah Islam sendiri, banyak yang boleh kita ambil pengajaran seperti ibrah kehidupan Nabi, sirah peperangan, sejarah tempat, dan biodata para ulama’. Penceritaan ibrah dalam Al-Quran Setiap surah dalam Al-Quran mempunyai pengajaran dan ibrah yang boleh diambil. Firman Allah SWT “Kami ceritakan kepadamu wahai Muhammad kisah yang paling baik dengan mewahyukan al-Quran ini kepadamu, dan sesungguhnya engkau sebelum itu termasuk orang yang tidak mengetahui.” – Surah Yusuf, ayat 3 Kisah-kisah dalam Al-Quran sebahagiannya adalah daripada tanda mukjazat kerana ia menceritakan perihal umat terdahulu bersama rasul-rasul, musuh rasul mereka. Firman Allah Taala “Demikianlah Kami ceritakan kepadamu wahai Muhammad, sebahagian daripada kisah-kisah umat manusia yang telah lalu dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu, dari sisi Kami sebuah Kitab al-Quran yang menjadi peringatan.” – Surah Taha, ayat 99 Contohnya seperti Surah Al-Qasas, Allah SWT memperincikan kisah Qarun di dalam Al Quran melalui surah al Qasas bermula ayat 76 hingga 82. Pengajaran yang boleh diambil dari sikap Qarun adalah seperti Jangan sombong dan angkuh Ayat 76Saling menasihati pada kebenaran Ayat 77Amaran pada Qarun yang angkuh Ayat 78Golongan cinta dunia vs orang beriman ayat 79-80 Mengekalkan momentum muhasabah menghadapi ujian Tips awal untuk kita mengekalkan momentum kekal sabar dalam menghadapi musibah adalah dahulukan perbuatan “respon” berbanding “react“. Perbuatan respon akan ubah mind set kita untuk positif menerima dan menjalaninya. Seterusnya, bila emosi sudah stabil barulah fikiran kita mudah untuk berfikir mencari cara menyelesaikan masalah yang dihadapi. Hikmah mengambil iktibar / ibrah dalam kehidupan Memang bila kita perhatikan ketika ini banyak ujian yang Allah SWT datangkan pada bumi seperti Covid-19 yang masih tidak hilang, bencana alam, ekonomi yang tidak menentu, ancaman musuh untuk berlaku perang, dan sebagainya. Kadang kita tertanya-tanya, mengapa Allah SWT berikan semua ini? Bukankah lebih baik jika kita duduk dan menjalani kehidupan secara aman dan harmoni selama-lamanya. Analogi mudah untuk kita faham begini. Andaikan kita memberi pinjam sahabat kita sesuatu sama ada barang atau duit, adakah kita tidak mahu mengambilnya semula apabila tiba waktu? Lawan perkataan pinjam itu sendiri adalah pulang atau memulangkan. Jadi jelas, Allah SWT berhak melakukan apa sahaja kepada hamba Nya kerana hidup kita adalah pinjaman sahaja. Namun ini tidak bermakna Allah SWT tidak tahu apa yang terbaik untuk kita. Malah Dia lebih tahu diri kita berbanding kita mengetahui diri kita sendiri. Dalam Surah Luqman, ayat 34, Allah SWT menjelaskan kepada manusia bahawa pengetahuan-Nya meliputi banyak perkara. Maksudnya “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia-lah jua yang menurunkan hujan dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim ibu yang mengandung. Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok sama ada baik atau jahat dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuan Nya.” Antara hikmah mengambil iktibar dalam kehidupan adalah seperti Membentuk diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, redha, dan ikhlasMenyakini qada dan qadar Allah SWTMenginsafi kehidupan hanyalah sementaraSedar diri hanyalah seorang hamba yang lemahUbah kehidupan menjadi lebih baik dan cemerlang Kesimpulan Melakukan pahala itu memang mudah. Namun istiqamah dalam melaksanakannya amat sukar. Maksud mengambil ibrah, iaitu mengambil pengajaran dan bermuhasabah dalam setiap ujian pun merupakan satu amalan yang baik. Jika kita dapat istiqamah dalam redha dengan segalanya, alangkah untunglah kita sebagai hamba Nya. Ini kerana amalan yang paling disukai oleh Allah SWT ialah amalan yang sedikit tetapi istiqamah dan berterusan. Perkara tersebut berdasarkan sebuah hadis daripada Aisyah RA yang bermaksud “Wahai sekalian manusia, beramallah sekadar kemampuan kamu, bahawasanya, Allah tidak akan berasa jemu sehingga kalian berasa jemu. Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai Allah adalah amalan yang dikerjakan secara berkekalan walaupun sedikit.” – Hadis Riwayat al-Bukhari Rujukan Ibrah Daripada Musibah Mac, 2019. Sinar Harian, Wan Haron Wan Hassan dari, Musibah Dari Allah Antara Peringatan dan Hikmah Januari, 2022. Bebas News, Prof Datuk Dr Sidek Baba dari,
Bahasa Arab اللغة العربية, translit al-lugah al-Arabīyah; sering disingkat sebagai عربي translit Arabī adalah salah satu bahasa Semit Tengah, yang termasuk dalam rumpun bahasa Semit dan berkerabat dengan bahasa Ibrani dan bahasa-bahasa Neo-Arami. Bahasa Arab memiliki lebih banyak penutur daripada bahasa-bahasa lainnya dalam rumpun bahasa Semit. إِعْتِبَارٌ
Skip to content[Arab] pengajaran, contoh, ibarat, teladanmengambil ~ mengambil pengajaran contoh, ibarat; menjadi ~ menjadi pengajaran contoh, ibarat.Post navigation
iktibar dalam bahasa arab